Pages

Sunday, June 19, 2011

Launching my ramekins with Panna Cotta

Sejak awal tahun saya berangan nak buat souffle.. tapi sampai sekarang masih angan-angan..haha... tapi since ada angan-angan tu menyebabkan saya beli set ramekins ni..Tapi dah lebih enam bulan beli saya masih belum guna lagi set ramekins tu.. kalau ramekins tu emas, cukup haul tak guna-guna memang wajib zakat lah..hehe...

Kalau tengok kat Masterchef ke atau Hell's Kitchen ke atau apa-apa ajalah program masakan kat AFC tu, kebolehan buat kalau boleh buat souffle ni macam dapat anugerah dekan la masa undergrad.. so saya masih mencari kekuatan lagi nak buat souffle ni.. selalu bila plan nak buat food yang dikatakan susah ni saya kena tunggu sampai perasaan saya tenang dulu barulah saya try.. haha good food always came from peaceful cook...haha..

So saya rasmikan ramekins set saya tu dengan membuat panna cotta..saya ikut resepi David Le Bovitz.. menurut David, kalau panna cotta yang dihasilkan lebih dari lima minit, mesti ada something wrong.. * tetiba masa tengak menyediakan panna cotta ni aku juga stress kalau terlebih lima minit..menyediakannya lima minit yeh, nak bekukannya at least 2 hours..mine took 4 hpurs until fully set.. maybe sebab gelatinnya terkurang..


Saya takde apa berries nak dipadankan dengan panna cotta hari ini, so saya padankan panna cotta saya dengan sos karamel dengan seduhan oren (orange infuse caramel sauce) * saya dapat vocab seduhan tu daripada subtitle Masterchef Aussie* ... Sos karamel ni saya ambil resepinya daripada resepi Avec Eric semasa menonton AFC...

Sos karamel berseduh oren
4 sudu mentega
3 sudu gula
sebiji jus oren
1 kuntum bunga lawang

panaskan pan dan masukkan butter
masukkan gula, jus oren dan bunga lawang
masak sehingga gula larut dan sos memekat
Now it's READY!

Untuk memberikan perbezaan tekstur dengan panna cotta yang lembut, sauce yang licin itu saya taburkan sedikit kepingan badam...

Hehe sebenarnya kalau anda tiada set ramekins tu, masih boleh guna cawan air atau mangkuk apa2 pun untuk jadi acuan panna cotta anda yeh..

Satu lagi, memandangkan panna cotta ni menggunakan gelatin sebagai agen pembeku.. so sila dapatkan gelatin yang halal yeh..:)

4 comments:

cure32 said... Reply to comment

eton,
aku rs kan...ko dah patut pk name kedai ngan nk bukak kat mane lah.mcm xlame lagi ..bukak kedai sendiri je nih hehehe

ciketon fazya said... Reply to comment

@cure32
pit aku masukkan saranan ko ni dalam doa aku hari2 pit..

Psyche said... Reply to comment

Aaa, sila consider Bangi sebagai venue yeh. Senang sikit kami nak pegi.

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche

bangi always in heart...