Pages

Thursday, June 9, 2011

Mee Rebus Bahu Kambing (Bahu ke Bau?)


Mee rebus ini menggunakan bahu kambing dan ia memang akan bau kambing

Dulu masa awal2 kawen, punya la nak impress lifetime partner sbb dia suka makan mee rebus.. saya sembunyi2 telefon mak tanya resepi mee rebus, sakan beli bahan ikut resepi, tak cukup satu bahan rasa tak jadi..

Haha sekarang tak ikut dah resepi mak bagi.. ikut suka aje...

Bahan2:

400g lamb shoulder (bahu kambing)
1/2 inci halia
sebiji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji lada
4 biji cili padi
4 biji tomato
daun salam
10 keping biskut meri
3 sudu taucu

mee kuning
daun bawang
bawang goreng

Penyediaan :

Blend 1/2 bawang merah, bawang putih, lada, cili padi dan 2 biji tomato
Rebus lamb shoulder dengan 1/2 bawang merah, daun salam dan halia.
Dalam 10 minit merebus, masukkan bahan blend ke dalam rebusan tadi.
Biarkan mereneh selama 20-30 min (sehingga lada hilang bau maung dan kambing masak)
Hancurkan biskut meri dan masukkan dalam masakan.
Biarkan sehingga kuah menjadi licin (takde ketulan biskut lagi)
Masukkan taucu dan reneh sebentar.
Masukkan tomato dipotong baji.
Siap untuk dihidang bersama mee yang telah dicelur, daun bawang dan bawang goreng straw

Haha nanti korang tengok next time saya letak resepi mee rebus mesti ada lagi improvisation..haha... ye lah akak masak ikut apa dalam esbok :p

2 comments:

Psyche said... Reply to comment

oh! menarik! selain biskut meri, boleh juga digantikan dengan kentang yang dilecek di dalam kuah! maveles.

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche

kaedahnya malas rebus dan melecek kentang..haha

cili pun tak tumis dulu ngan alasan, tak elok makan minyak byk2.. so masak lebur2 ni mmg menjadi kegemaran lah...hehe