Pages

Sunday, June 19, 2011

Kitchen gadget # 1

Hari tu saya plan nak buat entry2 tentang kitchen gadget yang saya ada dan terangkan sket info tentang peralatan tersebut..


Macam digital kitchen scale ni saya beli semasa saya mula berjinak2 dalam membuat coklat awal 2009 dulu.. Asalnya saya buat coklat nak impress bakal suami saya bahawa saya seorang yang sweet buat coklat sendiri untuk hantaran tunang.. hehe sampai sekarang baby masih sweet kan abang * haha suami saya gi toilet jap sebab munpel*

Secara asasnya saya rasa gadget ni paling berguna sekali.. sebab selain untuk mengukur berapa gram, saya anggap ia compatible jugalah nak ukur liter.. mengambil kira 1kg air = 1 liter, selalunya untuk bahan2 lain tu pun saya ambil kira lebih kurang je.. sesuka hati saya convert kan aja berapa gram itu kepada liter ..

Tapi adik-adik yang bersekolah dan nak jawab soalan fizik masa SPM nanti jangan mengada-ngada nak samakan 1kg  = 1 liter..  sebab persamaan ini hanya untuk Air sahaja okeh.. Rumus sebenar untuk menyamakan jisim (weight) dan isipadu (volume) ini mesti mengambil kira faktor ketumpatannya ( density, bukan Tumpat, kelantan tempat beli periuk) ok..


So sekarang ada faham? * sebenarnya aku pun confuse kenapa cerita barang dapur jadi cerita fizik ni..

Ok berbalik kepada digital kitchen scale tadi, scale tu saya beli melalui Lelong.com.. harganya lebih kurang RM50 (termasuk penghantaran).. tapi kalau tak kuasa nak bid, pergi aje kat kedai bakery atau supermarket..

Saya pilih digital sebab ia agak accurate.. sekurang-kurang kurang la ralat paralaks ( membaca ukuran pada kedudukan mata yang salah)..

0 comments: