Pages

Wednesday, June 8, 2011

Siapa nama saya?

Nama saya F.A.Z.I.A.T.U.N. N.I.S.A.' Y.U.S.O.F. B.A.S.H.A ..semasa zaman kanak-kanak saya rasa susah nak ingat nama sendiri apetah lagi nak mengejanya.. disebabkan tu sesuka suki saya akan create nama lain yang saya rasa senang dan macam best je bila ada yang tanya nama saya.

Situasi A
Penanya 1 : Hai adik, adik ni chomel sangat (kof kof kof..terbatuk2!)
Adik chomel : Err nama kita Faizah
Penanya 1 : Eh bukan Faziatun..
Adik chomel : Tak nama kita Faizah..

Situasi B
Penanya 2 : Hai adik, adik ni chomel dan cantik! (uhuk uhuk uhuk.. batuk kokol terus!)
Adik chomel & cantik : Nama kita Fadilah
Penanya 2 : Ooo Fadilah..panggil Dila eh..
Adik chomel & cantik : Aah!

Kejadian macam ni berlaku sampai la saya masuk darjah dua dan lepas tu barulah saya realize nama sebenar saya ialah Faziatun Nisa'.. Haha sengal okeh..Dan sebab kesengalan sendiri ini menyebabkan sampai sekarang saya dihantui dengan 2 nama di atas..

Situasi C (Kejadian pagi ini)
Suami hensem hamster drive kereta sebab nak hantar isteri pergi keja.. Dalam perjalanan lalu depan Apartment Jasmine..

Isteri : Bang, u suka tak kalau nama i Jasmine..
Suami : Kenapa nak tukar nama lagi?.. Jom esok pi angkat sumpah tukar nama Faizah Fadilah Fazya Jasmine..

Hmmm dan lagi satu kekeliruan minda saya ialah ; semalam kan ada buat giveaway tak sengaja. Tarikh tutupnya saya letak 12.00am 8th June 2011.. Maknanya sekarang ni dah masuk fasa tamat waktu la kan?

p/s: Bekas bos kedua saya kata saya selalu lampi (lagi2 nak define kiri kanan).. ni simptom antara pengidap mild dyslexic..

update keputusan giveaway :
Sebenarnya saya berangan-angan nak beli Ice cream maker

Mazura Ahmad, Arfah Zaini dan Narisa Sa'at, sila update alamat kat FB inbox okeh..

Mazura Ahmad & Arfah Zaini terpilih sebagai pemenang sebab sentiasa mencuba menjawab tanpa jemu..

Narisa Sa'at pula, walaupun jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak juri (iaitu aku sendiri) tetapi effort kerjasama suami isteri amat dipuji...haha

Hadiah memasing akan dihantar selewat-lewat sehingga akhir June. Sekiranya akhir June tak sampai2 lagi hadiah memasing, anda boleh remind kat wall FB dengan berkata " Eton, macaron hadiah aku mana?".. :)

Nantikan giveaway seterusnya lepas saya berjaya dapatkan gadget terbaru nanti eh..^_^

8 comments:

Psyche said... Reply to comment

haha. iye bos. sila announce keputusan.

*saya masa kecik, ada satu fasa tak suka nama sendiri - sebab selalu ada org kutuk nama saya. buruk benarkah "pah" itu?

Dr Singa said... Reply to comment

awak kata ' kita ' ...
macam orang Johor laaa....

Hajar Bte Zainal said... Reply to comment

asal aku tak tau ada giveaway nie! sila buat lagi!hahah..

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche

Bila isi borang OMR i knew u like ur name kan? jimat masa

ciketon fazya said... Reply to comment

@Hajar Bte Zainal

haha give away seterusnya kena tunggu dpt ice cream maker..sila doakan hajat tercapai..*atau hadiahkan aku..haha

ciketon fazya said... Reply to comment

@DrSinga

kita mmg org johor..lahir kat muar, dok batu pahat..:)

Mazura said... Reply to comment

akak tak sangka dengan kemenangan ini. Lihatlah dunia!! Hahahha

Psyche said... Reply to comment

*lompat lompat lompat lompat*

I love you alllll!!!! =)

myfreecopyright.com registered & protected