Pages

Thursday, June 30, 2011

Jom ikut saya!

Pernah tak korang zaman kanak-kanak dulu korang buat perkara irritating ikut sebijik-sebijik perbuatan or perkataan yang kawan korang sebut?

Contoh ;
Kawan : Eh cantiknya baju ini
Korang : Eh cantiknya baju ini...
Kawan : Kenapa ko ikut aku?
Korang : Kenapa ko ikut aku?
Kawan : Eiiii lempang kang!
Korang : Eiiii lempang kang!

tu kalau perkataan, kalau pergerakan, kawan korang berlari-lari anak, korang pun berlari-lari anak,.. kawan korang garu muka, korang pun garu muka.. kawan ko pening uruh cikgu antakan balik rumah, korang pun pening suruh cikgu antakan balik rumah..

Haha saya sekarang tengah mengalami perasaan irritating ni.. selalu perkara irritating update status fb je..haha tetapi kang kuar ayat hot n spicy kat fb, tetiba dpt personal msg plak..kehkeh..

Ok, lepas ni saya nak buat steak daging gajah, jom kita masak steak daging gajah sama-sama!

Wednesday, June 29, 2011

Bukan marah, tapi nasihat

Lately banyak blogger cerita pasal macaron, banyak review pasal macaron.. blog suam-suam kuku saya lately ramai pengunjung sebab saya buat macaron.. thanks to kawan kucing saya..hehe..

Bila cerita pasal macaron satu yang saya perasan obvious komen ialah " Eeiii manis lah!" dan satu lagi tipikal bila orang yang konon2 hebat macaron tengok orang review macaron dan eja macaron as macaroon, terus cepat2 bagi komen macaroon tu wrong spellingdan yang betulnya macaron.. ( haha pandai2 la nak wakafkan kat mana..huuu)

Secara asasnya macaron memang manis. So kalau bukan jenis pemakan manis, atau penghidap kencing manis atau alergik kacang almond, saya sarankan don't ever try macaron at all.. Tapi kalau yang tak berisiko, tapi tak suka manis nak jugak rasa macaron, sila ikut rules nak makan macaron semasa makan macaron, jangan lah minum air gas atau bergula banyak..kalau ikut buku resepi Mad About Macarons by Jill Collona, minuman yang sesuai masa makan macaron ialah dengan minum air teh, kopi atau koko tanpa atau kurang gula.. tak pun minum air kosong.. Dan macaron bukanlah makanan macam potato chips atau keropok lekor atau filamen crab stick yang sedap makan banyak2 sambil cicah sos.. maximum sehari sebiji cukuplah walaupun ia bukan pil metformin.. hehe..

Lagi satu kalau pun ada orang review eja macaron as macaroon dan kemudian diperbetulkan jadi macaron, tahniah sebab ada yang berniat baik untuk membetulkan ejaan, tapi better guna id sendiri jangan guna Annonymous.. nanti kita susah nak tau sapa yang ikhlas betulkan spelling kita.. dan kalau ada yang eja makarun atau mak-arun tu takpe pun sebenarnya.. orang Paris pun belum tentu boleh sebut tempoyak dengan betul..

Eh hari berkat Isra' Mikraj ni pun buat entry bunyi macam garang.. Hehe ni bukan marah, tapi nasihat.. :)
Banyak2 zikir Subhanallah ye.. daaaaaa

Wordless Wednesday #12


Attending a class at FST remind me my past life :)
Oh im still 18th oke (this year would be my 11th years anniversary of 18th years old..haha)
Haha 'dia' nak mengadu kat mak ayah saya bila saya buat juling gerakan mata ke tengah..haha

Tuesday, June 28, 2011

Bila nak kurus? Minggu depan! Yeke?

Semalam tengok Ekspedisi 2011 hosted by Chef Wan pergi jalan-jalan Paris menyebabkan saya jeles dengan dia dan berazam once in life (sekali pun jadilah) mesti dapat pergi lepak-lepas Paris.. bunyi macam tak agak-agak kan tapi both of us dah list out several places yang kami rasa nak pergi walaupun belum pasti..hehe kan berangan tu free.. Manalah tau masa berangan-berangan dan berdoa tu hijab terbukak (aku masih pakai tudung sekarang!).. makbul doakan.. Insyaallah..

Turki, Australia, Itali dan Paris ni antara listed places.. Haha bila saya fikir balik sebab utama all those places are listed just because i love the food.. So korang tak payah la tanya bila nak kurus kan..

Turki : Sbb nak melawat tempat Maulana Jalaluddin Rumi.. To cut the story short, masa lawyer mengurat ai kat library UKM dulu dia cerita pasal Rumi, dia bagi saya dengar alunan zikir Rumi, bila dia bagi kad dia quote bait kata Rumi.. Ayat manis kan.. mana tak jatuh cinta.. :)..

Australia : Sbb terpengaruh dengan Masterchef Australia.. Padahal US pun ada Masterchef, tp sbb MC Aus ni judgesnya lebih friendly dan tak marah-marah macam Ramsey so tetiba otak saya dah set Aussie ni best.. Walaupun dengar cerita Aussie tak suka Asian, tp pengaruh tv berjaya membuatkan saya buat tak endah je dengan khabar ni..Food range kat Australia ni pun nampak menggabungkan semua jenis makanan seluruh dunia.. Kalau tengok MC Aussie (kan dah dinyatkan saya obses MC Aussie) ni, chef2 kat Aussie ni kena pandai masak semua makanan seluruh dunia..

Itali & Paris : Sbb instead both of them of love city, i fall in love with Italian dessert & Parisian Patissiere.. Berdasarkan pencerapan saya yang sangat-sangat amatur, Italian food lebih simple dan senang nak buat (tapi sedap) berbanding Parisian food yang mementingkan detailing (tapi sedap juga)..

Hehe ada loyal commentator saya selalu cakap saya tekak mat saleh, tekak omputeh.. haha.. tapi kuih peneram pun saya layan jugak ( walaupun confuse sama ada eja penderam tu betul atau tak, ah bedal aje lah.. tak lalu nak tulis as "kelly's ears" )..

Tapi sebelum pergi semua tempat di atas, saya berharap saya dapat melawat yang wajib dulu.. hehe..  Suami saya kata, kat Makkah & Madinah, walaupun makanannya tak disediakan penuh detailing macam French food, tapi rasanya sangat sedap..(kalau beginilah aku berfikir, mmg mimpilah nak kurus..haha)... Ok sekarang saya tengah berdoa supaya impian ini tercapai..

p/s : Bila suami saya tanya bila saya nak kurus, jawapannya minggu depanlah..( dah lebih 3 thn minggu depan pun masih tak kurus..haha)

Monday, June 27, 2011

MacTweets #1 : Fruit which is very WTF!


I saw this badge in several macaron bakers blog.. Probably they've joining Mac Tweets monthly theme.. Hehe This time i feel i wanna join the challenge for fun..~What the fun!....lalala

The recent theme (according to MacTweets last entry) is  about fresh fruit.. For the time being, the macs that i prepared was not so adventures.. Maybe in future I need to allocate some times and budget exploring on mac shells and fillings..

I've try 3 type of meringue preparation ; French, Italian and Swiss. I personally quite comfortable using French technique because it doesn't require so much gadget.. and I'm sugar syrup phobic too..huuu)

For the filling, my 1st preference is chocolate ganache.. 2nd is chocolate ganache.. and 3rd is chocolate ganache..:p

Ok to cut the story short, for this theme i'm preparing ;

Dutch cocoa mac shell + dark choc ganache + strawberry slice

Ignore the existence of air pocket.. this macaron melting heavenly in mouth oke :)

p/s : this is one of solution to reduce the sweetness of macaron.. anyway as long as it is macaron, it should taste sweet aite?

Penunu bunsen?


Dengan adanya cooking torch ni, tak susah lagi nak buat caramel puding..tak perlu cairkan gula dulu dalam loyang, angkat loyang panas-panas dari api then baru tuang adunan puding..

So sekarang tuang je adunan puding, kukus atau bakar bain marie style .. sejukkan puding, tabur gula dan bakar..hehe as easy as eating it yeh..

Nak kumpul jadi tukun? pm me yeh..this is less than RM100 gadget..:)

Sunday, June 26, 2011

Kita bako..kita bako..

creme brulee

Rasa macam cream caramel puding je..err mmg pun.. cuma tricky part ( excited too) ialah nak bako gula hangus jadi hangus tu..typical caramel puding kan caramelnya up side down...

Ni kes excited bermain dengan toy baru.. thanks to me for buying it..haha.. thanks to my dear husband for making it function..* errr kena rasa lain macam bila ada perkataan husband dan function dalam satu ayat?

Saturday, June 25, 2011

Desserts = Stressed?

This poached pears covered with puff pastry recipe taken from one of Ribbon & Circus blog entry


Serve with vanilla ice cream ( haha ni beli ajelah)
I think i am dessert person.. Ya im into desserts very much...:)

p/s : do you know why desserts name as desserts? it's a best medicine for STRESSED

Friday, June 24, 2011

Membina masjid

 Kalau belum nak bina masjid..
Meh derma sket bina masjid..:)


Thursday, June 23, 2011

Alphabeth : N

Nikah (haha taat sungguh rupanya)

Nanas

Dua ni je ke gambar beralphabeth N dalam picasa album saya? *musykil*

Baik pasti lebih baik

Senangnya bila buat assumption kan..

Contoh 1
Dia bela kucing, zaman Mesir kuno,mungkin fir'aun suka bela kucing.. So dia ni macam Fir'aun!..

Contoh 2
Kalau kita tengok lambang Freemason tu kan jangka sudut.. so kebanyakan ahli Freemason ni suka pembinaan struktur.. mungkin ramai yang arkitek dan jurutera bangunan.. So arkitek, jurutera, kontraktor binaan bangunan tu ahli Freemason kot!..

Kita { saya maksudkan saya } suka kan buat assumption atas sedikit pengetahuan dan kemudian menyebarkannya tanpa cukup ilmu..

Sangka baik lebih baik kan?

Tuesday, June 21, 2011

Gelatin halal


Dua jenis yang ada dalam food stock saya..sebenarnya ntah ada macam-macam lagi dalam almari makanan tu.. time to time kena buat inventori agaknya nak let go yang dah luput tarikh..

Untuk panna cotta kelmarin saya guna gelatin Halagel..daripada maklumat packing, gelatin Halagel ni dimaklumkan ia memang dari sumber lembu yang halal..Mixture puding Nona tu pula tak buat disclaimer macam Halagel..tapi memandangkan kedua-duanya ada cop halal JAKIM yang tak salah eja, saya rasa yakin untuk makan..hehe

Mixture puding Nona tu macam senang nak diperolehi di pasaraya-pasaraya.. Yang saya ada tu pun saya beli dekat Mun Seng ( haha hypermarket :p kat Dengkil).. Halagel Gelatin tu pula saya beli dekat Azzain Bandar Baru Bangi.. cuma kadang-kadang stok gelatin selalu ada tak ada..

Hehe saya bukan lah pandai sangat masak, tapi makanan yang sedap haruslah dikongsi kan? Kalau pun  bukan kongsi merasanya, sekurang-kurangnya infonya untuk cuba sendiri dirumah :)

voila or soddisfatto + tripple thank you mean more than trillion ya..


Adunan panna cotta saya semalam dapat 3 bekas ramekins.. semalam kami dah makan sebekas sorang.. so hari ni, ada lagi berbaki satu..kalau semalam saya hidang bersama sos karamel dan kepingan badam, hari ni saya hidang dengan strawberry pie filling..

Seperti yang saya kongsikan semalam, hasil usaha susah payah 5 minit tu berbaloi sangat untuk membuat panna cotta ni.. selebihnya biarkan peti sejuk kita yang bekerja membekukannya... Bila dah beku bila-bila masa kita nak hidangkannya terpulang pada kita.. apa-apa jenis sos manis-manis masam pasti menjadi sahabat baik panna cotta ni, letak saja dia atas..voila!... err italian will say ; soddisfatto!

Kalau boleh fokus, panna cotta saya ada bintik-bintik hitam.. itu datang daripada biji vanilla pod.. saya dah lama tak guna vanilla ekstrak.. sebab ada yang kata untuk dapat vanilla ekstrak, kekacang vanilla kena direndam dalam sebatian alkohol..hmmm entahlah, ada saja yang membuat kita was-was kan.. tapi selagi ada tanda halal jakim atau yang diiktiraf, berpegang saja pada itu..


Production macaron juga semakin baik..alhamdulillah mereka { macaron} tak meragam lagi macam peringkat awal saya buat dulu.. hehe...kepada yang tanya "tak buat kelas macaron kah?"... Insyaallah.. tunggu saya khatam semua method menghasilkan macaron dulu yeh.. bila tiba masanya saya akan beritahu di blog..

Kepada yang tak putus-putus order macaron Chocville.. tq..tq...tq... and thank you... :)

Monday, June 20, 2011

The rules to enjoy macaron

Follow this step to enjoy your macaron..
  • Buy a box macaron from Chocville..~lalalalalalalala
  • Be patient...Place in the fridge for at least overnite. Macaron will taste less sweet if the filling a bit harden.. Macaron should be kept in fridge most of the time unless u wanna eat it.. it's important to prolong their lifespan..
  • Once you feel wanna eat some, take out from the fridge, at let them sit outside for 1/2 and hour..
  • Within that waiting time, please trigger your taste buds and tell them they should start working!
  • The slightly bigger than 50cent should be eaten according to this three steps.
1. Observe the structure and enjoy the color of this ruffle edges burger like cookies.

2. Start a first bite.. taste the crunchiness of the outer part and gooeyness inside of the cookies and also taste the compatibility of the filling with the shell (cookies).

3. Rest of the bite, just follow your normal creature 'desire'..hehe


My next project (regarding macaron)
  1. Experimenting on flavored shell..
  2. Experimenting more on filling varieties..
  3. Sourcing out for labels and packing..
Ada sesiapa nak jadi vendor design and printing sticker untuk saya? (macam la aku offer bisnes juta2 kan..tapi ini soalan serius!)

Kadang-kadang ke selalu?


Kadang-kadang kehidupan ini indah..

Kadang-kadang ia sedikit pahit..

Kadang-kadang kita terima hakikat pahit manis tu..*haha tapi selalunya mengeluh juga..:p

Kadang-kadang *selalu* saya berazam jadi isteri ideal *wow kelab isteri taat kah?

Tapi kadang-kadang * selalu* turn to realistic wife..( semua kerja rumah ikut mood..haha tq suami for being understanding)

Kadang-kadang sekali saya ironkan baju peguam ZNR&Co.. tapi dia kadang-kadang je merungut..

Kadang-kadang *selalu* saya nak merajuk dengan suami sambil meng ais batu kan diri *saya tak mau jadi tanggang* .. tapi bila tengok dia kena basuh pinggan sendiri atau buat air sendiri atau bila dia tido, marah mengalir hilang  menjadi coklat cair untuk cicah marshallow…

Kadang-kadang saya selalu plan nak tulis status bitter kat fb, tapi most of the time saya cancel sbb kat fb mungkin ramai misunderstood ingat status tu untuk dia.. *simpan dalam hati semula*

Kadang-kadang saya tak tau nak buat entry blog apa.. sebab tu saya came out dengan tagged kadang-kadang ni..hehe

Sunday, June 19, 2011

Launching my ramekins with Panna Cotta

Sejak awal tahun saya berangan nak buat souffle.. tapi sampai sekarang masih angan-angan..haha... tapi since ada angan-angan tu menyebabkan saya beli set ramekins ni..Tapi dah lebih enam bulan beli saya masih belum guna lagi set ramekins tu.. kalau ramekins tu emas, cukup haul tak guna-guna memang wajib zakat lah..hehe...

Kalau tengok kat Masterchef ke atau Hell's Kitchen ke atau apa-apa ajalah program masakan kat AFC tu, kebolehan buat kalau boleh buat souffle ni macam dapat anugerah dekan la masa undergrad.. so saya masih mencari kekuatan lagi nak buat souffle ni.. selalu bila plan nak buat food yang dikatakan susah ni saya kena tunggu sampai perasaan saya tenang dulu barulah saya try.. haha good food always came from peaceful cook...haha..

So saya rasmikan ramekins set saya tu dengan membuat panna cotta..saya ikut resepi David Le Bovitz.. menurut David, kalau panna cotta yang dihasilkan lebih dari lima minit, mesti ada something wrong.. * tetiba masa tengak menyediakan panna cotta ni aku juga stress kalau terlebih lima minit..menyediakannya lima minit yeh, nak bekukannya at least 2 hours..mine took 4 hpurs until fully set.. maybe sebab gelatinnya terkurang..


Saya takde apa berries nak dipadankan dengan panna cotta hari ini, so saya padankan panna cotta saya dengan sos karamel dengan seduhan oren (orange infuse caramel sauce) * saya dapat vocab seduhan tu daripada subtitle Masterchef Aussie* ... Sos karamel ni saya ambil resepinya daripada resepi Avec Eric semasa menonton AFC...

Sos karamel berseduh oren
4 sudu mentega
3 sudu gula
sebiji jus oren
1 kuntum bunga lawang

panaskan pan dan masukkan butter
masukkan gula, jus oren dan bunga lawang
masak sehingga gula larut dan sos memekat
Now it's READY!

Untuk memberikan perbezaan tekstur dengan panna cotta yang lembut, sauce yang licin itu saya taburkan sedikit kepingan badam...

Hehe sebenarnya kalau anda tiada set ramekins tu, masih boleh guna cawan air atau mangkuk apa2 pun untuk jadi acuan panna cotta anda yeh..

Satu lagi, memandangkan panna cotta ni menggunakan gelatin sebagai agen pembeku.. so sila dapatkan gelatin yang halal yeh..:)

Kitchen gadget # 1

Hari tu saya plan nak buat entry2 tentang kitchen gadget yang saya ada dan terangkan sket info tentang peralatan tersebut..


Macam digital kitchen scale ni saya beli semasa saya mula berjinak2 dalam membuat coklat awal 2009 dulu.. Asalnya saya buat coklat nak impress bakal suami saya bahawa saya seorang yang sweet buat coklat sendiri untuk hantaran tunang.. hehe sampai sekarang baby masih sweet kan abang * haha suami saya gi toilet jap sebab munpel*

Secara asasnya saya rasa gadget ni paling berguna sekali.. sebab selain untuk mengukur berapa gram, saya anggap ia compatible jugalah nak ukur liter.. mengambil kira 1kg air = 1 liter, selalunya untuk bahan2 lain tu pun saya ambil kira lebih kurang je.. sesuka hati saya convert kan aja berapa gram itu kepada liter ..

Tapi adik-adik yang bersekolah dan nak jawab soalan fizik masa SPM nanti jangan mengada-ngada nak samakan 1kg  = 1 liter..  sebab persamaan ini hanya untuk Air sahaja okeh.. Rumus sebenar untuk menyamakan jisim (weight) dan isipadu (volume) ini mesti mengambil kira faktor ketumpatannya ( density, bukan Tumpat, kelantan tempat beli periuk) ok..


So sekarang ada faham? * sebenarnya aku pun confuse kenapa cerita barang dapur jadi cerita fizik ni..

Ok berbalik kepada digital kitchen scale tadi, scale tu saya beli melalui Lelong.com.. harganya lebih kurang RM50 (termasuk penghantaran).. tapi kalau tak kuasa nak bid, pergi aje kat kedai bakery atau supermarket..

Saya pilih digital sebab ia agak accurate.. sekurang-kurang kurang la ralat paralaks ( membaca ukuran pada kedudukan mata yang salah)..

Friday, June 17, 2011

Rustic Pineapple Tart

Satu masa dulu saya selalu berfikir "Nanti nak kawen dengan orang ada kebun buah-buahan lah.. musim buah tak payah beli kat kedai "

Walaupun buah-buahan kegemaran belum berbuah lagi, tapi banyak dah nikmat Allah beri di keliling rumah kami..:)


Lepas panggil tukang mesin sumber oksigen yang makin meninggi hari tu baru perasan nanas keliling rumah dah membesar dengan jaya.. Hasilnya jem nanas..

Sekonyong-konyong (haha wow vocab yang mantap!) jam nanas saya siap, ada status kawan uni merangkap kawan internship merangkap kawan kerja sementara dan kini merangkap jiran se Dengkil yang mengandungi bayi kepingin makan kuih tart..hehe terus berniat dalam hati nak buatkan lah.. ( padahal bukan pernah buat kuih tart pun..:p )


Tarraaaaa! Alhamdulillah jadi juga tart nanas saya (phewwww!).. oke tak payah comment rupanya.. biar saya mengaku siap2 yang rupanya macam kura-kura kan? bunga cengkih juga tak mau lekat.. tak ape lah, namanya juga homemade..haruslah rustic ( cliche!)

Saya buat tart gunting sebab saya takde marble table nak canai doh (walaupun mak mertua ada tinggalkan rolling pin)...

Thursday, June 16, 2011

Ye ke?

Semalam ialah hari Wordless Wednesday.. Satu-satunya hari tak payah fikir nak susun ayat tapi kena ada gambar.. Tapi kalau masa Wordless Wednesday ni kita boleh buat schedule entry..haha buat siap2 pada malamnya, nah esok pagi Rabu sudah ada entry baru...hehehe

Masa saya setting entry Wordless Wednesday : Kitchen Tools kelmarin, saya terfikir untuk buat entry suka-suka tentang kegunaan barang dapur yang saya ada ( sesetengahnya bukan saya punya, arwah mak mertua yang punya ).. Haha entry2 ni boleh la kategorikan seperti inventori barang-barang di rumah kami..:p

Manalah tau kan kita boleh sharing tips penjagaan atau idea2 penggunaan peralatan tu di luar kotak fikiran.. Hehe saya bukanlah pakar dalam hal2 baking dan memasak, nama juga amatur..so kalau ada penggunaan atau info yang korang rasa " ye ke? " , janganlah marah oke.. anda boleh cakap je " ye ke? " atau "saya rasa salah ni! "... Ini kan info blog aje, bukan jurnal ilmiah hehe :)

Tuesday, June 14, 2011

Ruang kerja terkemas (hakikatnya ....)



Ini tagged tertunda..ampunnnnnnn

Inilah ruang kerja saya.. dalam satu ruangan yang dulunya bekas wad, sejak 5 tahun lepas (atau lebih) ruang wad tu dah jadi pejabat kami (sekretariat The Malaysian Cohort)... disebabkan opis ni mmg ramai gila staff, so pegawai2 diberi keistimewaan dengan mempunyai cubicle kerja sorang satu..alhamdulillah ada jugak tempat duduk..

Hehe macam kemaskan meja ai..haha jangan la nak tertipu..gambar diambil bila nak ada audit 5S mmg la kemas.. 10 minit lepas abes audit, mesti macam dilangaruda balik..haha ejaan apakah ni? kadang-kadang ku rasakan simptom dyslexia ku makin menjadi2..

Di depan saya adalah cubicle rakan sekerja.. tapi memandangkan di kerja mmg outstation manjang, so cubicle depan tu sentiasa lah kosong ( Selamat Pengantin Baru Che We)..

Pc tu UKM provide kepada semua pegawai Sains.. memulakan aktiviti blogging separuhnya pakai PC ni jugak..hahahaha.. tapi PC ni low end benar, tak boleh nak support banyak data kerja saya..so data2 kerja masukkanla dalam pendrive ngan CD... (kedekut eh engkau nak beli hard disk)

Kalau nak tengok kelliling sama semuanya ialah fail, fail, fail, fail, fail,..........{read :file, bukan Sebab dah semua data kesihatan, pemakanan, persekitaran, malahan hubungan kekeluargaan pun nak capture.. so bayangkan la betapa volunteers ni puas menjawab soalan.. terima kasih volunteers The Malaysian Cohort!.

Payung tu persediaan untuk hari hujan.. kadang ada angin saya tinggal je payung kat opis.. ada angin pergi balik saya angkut..white board tu pula untuk notes jika ada peserta projek MOSTI ni nak tanya tentang apa yang mereka musykilkan.. so sayalah la tukang goreng jawab semua soalan tu..

Kalender tu untuk kira cuti dan MC.. sepit warna warni tu saya beli masa ntah badan charity ape ntah buat jualan amal (haha nak bagitau membeli sambil beramal ke?).. comel.. tapi sbb ia comel ntah mana2 ntah dah perginya..

Nantilah, kalau berkesempatan ambik gambar 360 darjah, saya tambah gambarnya ( macam tinggal harapan je).

Daaaaaaaaaa

Monday, June 13, 2011

Alphabeth : M

 Mee goreng

 Mandi (ni sebenarnya main polo air..haha)

 Mersing (dia teringin sangat pergi)

Madagascar



 Mulberi

Merah (lap u my dear mixer)

Lama tak buat posting Alphabeth kan?

Sama

Bila pasangan baru kawen, mesti akan ada orang bagi pendapatan tentang iras pengantin lelaki dan pengantin perempuan ;

" Eh muka diorang sama lah!"

Untuk saya suami isteri, agak ramai juga orang kata muka kami sama bila jumpa pertama kali.. pernah sekali ada makan2 kat Armada Hotel PJ, tetiba ada sorang auntie dari Sarawak tegur kami.. "Both of u look same lah"..haha..

Pada hari kahwin saya sampai ada sepupu suami saya belah T'ganu pesan kat suami saya " Baik-baik Zul, jangan sampai samakan dia ngan Mama Azul "... Ada pulak makcik dia sebut " Owh nok cari macang Mama dia jugok".. Saya pun tak taulah berapa peratusan samanya saya dengan ibu mertua saya, tp saya tak mau la tanya lebih kat suami saya.. kang tak pasal jadi ragu2 takut jadi zihar.. Tapi saya agak mungkin sikit2 lah kot, kalau tak takkan orang boleh cakap saya ada iras suami saya dan saya boleh pakai baju2 ibu mertua pergi kerja.. (baju mak mertua lagi glamer2 oke..baju menantunya -> BORING!)

Korang iras tak ngan muka suami korang?

Sama-sama lebarkan pipi..:p

Saturday, June 11, 2011

Let's improve English : containers

 A glass

 two trays

 a box

 a pail and a basket

a pair of tins

Which one do you like?
email nutaizaf@gmail.com for quotation :)

Thursday, June 9, 2011

Mee Rebus Bahu Kambing (Bahu ke Bau?)


Mee rebus ini menggunakan bahu kambing dan ia memang akan bau kambing

Dulu masa awal2 kawen, punya la nak impress lifetime partner sbb dia suka makan mee rebus.. saya sembunyi2 telefon mak tanya resepi mee rebus, sakan beli bahan ikut resepi, tak cukup satu bahan rasa tak jadi..

Haha sekarang tak ikut dah resepi mak bagi.. ikut suka aje...

Bahan2:

400g lamb shoulder (bahu kambing)
1/2 inci halia
sebiji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji lada
4 biji cili padi
4 biji tomato
daun salam
10 keping biskut meri
3 sudu taucu

mee kuning
daun bawang
bawang goreng

Penyediaan :

Blend 1/2 bawang merah, bawang putih, lada, cili padi dan 2 biji tomato
Rebus lamb shoulder dengan 1/2 bawang merah, daun salam dan halia.
Dalam 10 minit merebus, masukkan bahan blend ke dalam rebusan tadi.
Biarkan mereneh selama 20-30 min (sehingga lada hilang bau maung dan kambing masak)
Hancurkan biskut meri dan masukkan dalam masakan.
Biarkan sehingga kuah menjadi licin (takde ketulan biskut lagi)
Masukkan taucu dan reneh sebentar.
Masukkan tomato dipotong baji.
Siap untuk dihidang bersama mee yang telah dicelur, daun bawang dan bawang goreng straw

Haha nanti korang tengok next time saya letak resepi mee rebus mesti ada lagi improvisation..haha... ye lah akak masak ikut apa dalam esbok :p

Wednesday, June 8, 2011

Siapa nama saya?

Nama saya F.A.Z.I.A.T.U.N. N.I.S.A.' Y.U.S.O.F. B.A.S.H.A ..semasa zaman kanak-kanak saya rasa susah nak ingat nama sendiri apetah lagi nak mengejanya.. disebabkan tu sesuka suki saya akan create nama lain yang saya rasa senang dan macam best je bila ada yang tanya nama saya.

Situasi A
Penanya 1 : Hai adik, adik ni chomel sangat (kof kof kof..terbatuk2!)
Adik chomel : Err nama kita Faizah
Penanya 1 : Eh bukan Faziatun..
Adik chomel : Tak nama kita Faizah..

Situasi B
Penanya 2 : Hai adik, adik ni chomel dan cantik! (uhuk uhuk uhuk.. batuk kokol terus!)
Adik chomel & cantik : Nama kita Fadilah
Penanya 2 : Ooo Fadilah..panggil Dila eh..
Adik chomel & cantik : Aah!

Kejadian macam ni berlaku sampai la saya masuk darjah dua dan lepas tu barulah saya realize nama sebenar saya ialah Faziatun Nisa'.. Haha sengal okeh..Dan sebab kesengalan sendiri ini menyebabkan sampai sekarang saya dihantui dengan 2 nama di atas..

Situasi C (Kejadian pagi ini)
Suami hensem hamster drive kereta sebab nak hantar isteri pergi keja.. Dalam perjalanan lalu depan Apartment Jasmine..

Isteri : Bang, u suka tak kalau nama i Jasmine..
Suami : Kenapa nak tukar nama lagi?.. Jom esok pi angkat sumpah tukar nama Faizah Fadilah Fazya Jasmine..

Hmmm dan lagi satu kekeliruan minda saya ialah ; semalam kan ada buat giveaway tak sengaja. Tarikh tutupnya saya letak 12.00am 8th June 2011.. Maknanya sekarang ni dah masuk fasa tamat waktu la kan?

p/s: Bekas bos kedua saya kata saya selalu lampi (lagi2 nak define kiri kanan).. ni simptom antara pengidap mild dyslexic..

update keputusan giveaway :
Sebenarnya saya berangan-angan nak beli Ice cream maker

Mazura Ahmad, Arfah Zaini dan Narisa Sa'at, sila update alamat kat FB inbox okeh..

Mazura Ahmad & Arfah Zaini terpilih sebagai pemenang sebab sentiasa mencuba menjawab tanpa jemu..

Narisa Sa'at pula, walaupun jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak juri (iaitu aku sendiri) tetapi effort kerjasama suami isteri amat dipuji...haha

Hadiah memasing akan dihantar selewat-lewat sehingga akhir June. Sekiranya akhir June tak sampai2 lagi hadiah memasing, anda boleh remind kat wall FB dengan berkata " Eton, macaron hadiah aku mana?".. :)

Nantikan giveaway seterusnya lepas saya berjaya dapatkan gadget terbaru nanti eh..^_^

Tuesday, June 7, 2011

Satu lagi kitchen toys

Saya tengah dok fikir beli lagi satu lagi kitchen toys [ nampak sangat ayat berbelah bagi..di mulut kata satu..dihati nak plural ]

Awal hari tu saya berangan-angan2 nak sebuah stand mixer kitchen aid.. Alhamdulillah tak lama lepas tu dapatlah satu stand mixer macam kitchen aid...hehe

So hari ni saya post angan-angan seterusnya kat sini supaya ia akan tercapai * harap2 ada orang baca dan terbuka hati nak beli kan saya satu lagi kitchen toys!..haha

Saya dah bagitau kat orang yang saya harap dia baca tu.. dia sengih2 je *saya agak tu sengih green lite (haha reverse psiko kan dia)

Ni antara brand yang establish untuk that particular toy...


  1. Kenwood : dikenalpasti ada kat Malaysia dan harganya not bad :)



  2. Cuisinart : not sure mana nak cari..tapi macam ada juga di pasaran Malaysia..



  3. Ariete : pun tak sure mana nak cari.. macam ada dan macam murah sket dari dua brand di atas.. dan ia ada kaler merah untuk match sebelah stand mixer macam kitchen aid kita tu..hehe



  4. Kitchen Aid : ia pilihan sangat mahal dan kalau beli macam serupa beli satu lagi mixer..
Cer teka cer teka saya nak beli gadget/mesin ape?
Pengomen pertama yang memberi jawapan betul saya hadiahkan sebekas macaron (12pcs) sumbangan Chocville... *chewah suka nak drama..

* Waktu meneka sampai 12am 8th June 2011 eh..*

Ada suami sayang isteri .........

Hehehe macam nak gelak guling2 baca surat bantahan penayangan cite nora elena.. *some of Nora Elena fans are my fren.. kawan2 jangan baling botol kat saya eh..hehe


I just watching Nora Elena yesterday.. sebenarnya hari2 lain juga ada tengok sikit2 but then semalam tu tengok dari awal cerita until habis.. But i think i could guess the story line according to some comment seen in fb and definitely the Malay drama which was addapted from novel could easily predict anyway..

Typical novel content.. Mula2 tak suka dan lepas tu tak suka adalah biasa kan.. Haha dan lelaki2 dalam novel sangat penyabar tahu tunggu isteri benar2 'bersedia'..

Salah satu sebab saya tak attach sangat cite ni ialah sbb suami saya cam tak berapa nak gemar saya layan cite melayu yang banyak konflik dan meleret-leret dan kalau merajuk pandang tingkap * sebab tu ai pujuk dia nak tengok Nur Kasih dia tak layan**merajuklah*... So dia rela la tengok Masterchef Aussie tu berulangkali pun takpe asalkan dia tak lemas tengok cite kena pujuk2 isteri.. *haha kesian aku, kalau merajuk baik sendiri* .. So kalau pujuk pun dia tak kuasa, nak dukung kalau kaki terseliuh lagi lah kan * ni lagi kesian kalau suami aku kena dukung aku kan?*

Yeah mungkin itu cara Seth Tan menunjukkan sayang isteri.. suami-suami lain mungkin ada caranya sendiri menunjukkan kasih sayang..

Ada suami sayang isteri dengan isikan minyak kereta dan isteri duduk sebelah macam mem..
Ada suami sayang isteri dengan belikan mee goreng takde taugeh..
Ada suami sayang isteri dengan makan masakan isterinya tanpa jemu tiap2 hari..
Ada suami sayang isteri sambil komen isteri masak so di satu masa lain kalau ada menjamu orang isterinya masak sentiasa sedap..
Ada suami yang sentiasa check ingredient bahan dapur atau makanan yang dibeli supaya ianya bahan2 yang sihat belaka untuk suami isteri..
Ada suami sayang isteri cepat2 carikan inhaler dan urutkan dada dan belakang bila isterinya asthma..
Ada suami sayang isteri datang bangun malam2 drive sejauh 80km pergi balik (kadang2 40 km je sebab 40 km lagi isterinya drive) nak ambil isteri balik keja..
Ada suami sayang isteri hari2 pesan supaya isterinya tak memandu melebihi had laju..
Ada suami sayang isteri sengih2 nak belikan isteri new kitchen gadget

So many things to list on kan...yeah love come in many forms.. mungkin yang Seth Tan buat suami saya tak buat, but apa yang Seth Tan tak buat mungkin suami kita buat kan?

Hehe tapi petang ni macam nak layan lagi Nora Elena tu... Sekarang Seth Tan tengah berdebar-debar risaukan keselamatan Nora.. Ada suami tanya isteri " Seth Tan tu taknak angkat sumpah tukar nama ke?"

Saturday, June 4, 2011

Catch me if you can

green sprinkler said to white sprinkler ; " catch me if you can babe!"

The fun part in making macaron is whenever sometimes its show funny formation without any plan.. 
(even though some funny shape could lead me to tears..huhu)

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday #9


Sekali sekala makan ice cream sedikit mahal dengan potongan harga..syukur Alhamdulillah..:)

* abaikan peti ais yang sepah tu..
myfreecopyright.com registered & protected